TUJUAN / MATLAMAT / OBJEKTIF

Apakah Tujuan Kelab ini ditubuhkan? Pernah kah anda sebagai seorang masyarakat kaum Kenyah datang ke Semenanjung terus hidup senang? Mungkin ada, tetapi jarang-jarang. Jadi, daripda pertanyaan ini kita sudah pun menjumpai tujuan KKKS ditubuhkan. Sebenarnya tujuannya terlalu banyak kalau hendak dihuraikan satu persatu. Secara ringkasnya ialah untuk membantu ahli-ahli ataupun kenyah-kenyah yang lain yang belum menjadi ahli ketika dalam kesusahan seperti kemalangan dan lain-lain. Walaupun sumbangan yang akan KKKS hulur tidak banyak, tapi kita perlu fikir siapa lagi yang akan membantu kita kalau bukan kita sendiri.

Apakah Matlamat KKKS? Matlamat kita ialah merapatkan silaturahim kaum kenyah yang berada di Semenanjung khasnya. Selain itu, kita mahu melihat daya saing yang ditonjolkan oleh masyarakat kita dikalangan kaum yang berada di Semenanjung. Walau bagaimana pun, matlamat asalnya ialah membantu mereka-mereka yang memerlukan di saat yang genting dalam apa juga bentuk bantuan. Oleh itu, KKKS sedaya upaya untuk mengembangkan lagi Dana KKKS dari semasa ke semasa seperti dalam rancangan KKKS yang telah dipersetujui oleh badan Majlis Tertinggi KKKS.

No comments:

Post a Comment