AKTIVITI-AKTIVITI TAHUNAN KELAB


AKTIVITI TAHUN 2009.
22/03/2009 kami telah pergi berkelah di belakang rumah Damian Gerald. Untuk mengetahui status perkelahan ini, gambar di atas telah dicompilekan sebagai kenangan. Begitu meriah sekali kerana dapat berjumpa dengan ahli-ahli kelab yang lama menyepi seperti saudara Sawang Ludan & Amban. Sebelum ini dalam bulan yang sama iaitu March 2009, kami telah pergi ke rumah Ubung & Micheal selepas Ubung dimasukkan ke Hospital Serdang kerana sakit (Gambar atas).

AKTIVITI TAHUN 2008.
Sepanjang kelab ini ditubuhkan, KKKS telah menjalankan beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Camp at Bukit Cheakah, Camp at Seremban (twice). Apakah tujuan aktiviti sebegini? Tujuan utama ialah memupuk semangat silaturahim di kalangan ahli dan juga ahli baru sekiranya ada ahli baru. Pejam celik...kita sudah melangkau ke tahun 2009. Apa yang pasti kita akan mengharungi krisis ekonomi global yang sangat mencabar. Ada kawan-kawan kita yang bekerja dengan kompeni yang bakal menerima tempias dari krisis tersebut terutamanya kompeni yang terlibat secara langsung dengan syrikat-syarikat dari Amerika Syarikat.

SEJARAH PENUBUHAN KKKS

KKKS ini ditubuhkan pada 6 April 2008. Alamat surat menyurat ialah di Rawang Selangor. Ianya terhasil dari perkongsian idea yang dibentangkan oleh Tamen Akang kepada Pengulo' Apoi yang kemudiannya dimanfaatkan menjadi KKKS. Dengan termeterainya kata sepakat, maka Damian telah menyumbang idea mencari nama KKKS yang bermaksud "Kelab Khas Kenyah Semenanjung". Selain itu, kawan-kawan juga banyak membantu dalam menyumbangkan idea dalam pembentukan penubuhan kelab ini. Ucapan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada mereka-mereka yang terlibat dalam sumbangan tersebut.

CHARTA ORGANISASI

charta organisasi ini akan diubah ataupun dikemaskini mengikut peruntukan / perbincangan Ahli Majlis Tertinggi sahaja. Namun demikian, kita akan memberitahu ahli-ahli sekiranya ada perubahan yang berlaku atau mungkin akan berlaku kepada charta organisasi ini pada masa akan datang.

President : EN. LOUIS CLEMENT (H/p: 012 - 225 8641)
Naib President : EN. SAWANG LUDAN (H/p: 019 - 237 0230)
Setiausaha : EN. DAMIAN GERALD (H/p: 019 - 219 1315)
Timbalan Setiausaha : EN. SAWANG LUDAN
Bendahari :
EN. DAMIAN GERALD
Timb. Bendahari :
EN. SAWANG LUDAN

Ahli Exco : Tama' Apoi (H/p: 017 - 655 5889)
Tamen Akang (H/p: 019 - 248 6701)
Muing Miken (Ubung) (H/p: akan dikemaskini kemudian)

Buk tusa teka' call, boleh pe ngatu email tai kini: apui_3ks@yahoo.com

Proses Menjadi Ahli KKKS
Kalau hendak menyertai kelab ini, kita tidak meletakkan sebarang syarat. Malah dalam masa yang sama, kita amat mengalu-alukan kedatangan ahli baru ke dalam kelab ini. Caranya amat mudah dan berkesan. Dengan melihat nama-nama di atas, siapakah antara nama di atas yang anda kenal? Boleh berhubung terus dengan mereka. Mereka akan menyuruh anda mengisi borang kemudian bayar yuran RM1.00 sahaja. Kenal wife mereka? Melalui wife mereka pun boleh mendaftar. Dengan hanya bermodal RM1.00 anda sudah pun menjadi ahli tetap seumur hidup. "Berkhidmat untuk Kenyah dan tidak Kenyah hilang di dunia".

TUJUAN / MATLAMAT / OBJEKTIF

Apakah Tujuan Kelab ini ditubuhkan? Pernah kah anda sebagai seorang masyarakat kaum Kenyah datang ke Semenanjung terus hidup senang? Mungkin ada, tetapi jarang-jarang. Jadi, daripda pertanyaan ini kita sudah pun menjumpai tujuan KKKS ditubuhkan. Sebenarnya tujuannya terlalu banyak kalau hendak dihuraikan satu persatu. Secara ringkasnya ialah untuk membantu ahli-ahli ataupun kenyah-kenyah yang lain yang belum menjadi ahli ketika dalam kesusahan seperti kemalangan dan lain-lain. Walaupun sumbangan yang akan KKKS hulur tidak banyak, tapi kita perlu fikir siapa lagi yang akan membantu kita kalau bukan kita sendiri.

Apakah Matlamat KKKS? Matlamat kita ialah merapatkan silaturahim kaum kenyah yang berada di Semenanjung khasnya. Selain itu, kita mahu melihat daya saing yang ditonjolkan oleh masyarakat kita dikalangan kaum yang berada di Semenanjung. Walau bagaimana pun, matlamat asalnya ialah membantu mereka-mereka yang memerlukan di saat yang genting dalam apa juga bentuk bantuan. Oleh itu, KKKS sedaya upaya untuk mengembangkan lagi Dana KKKS dari semasa ke semasa seperti dalam rancangan KKKS yang telah dipersetujui oleh badan Majlis Tertinggi KKKS.

DANA KELAB

Tabung kelab ini tidak lah besar jumlahnya memandangkan KKKS masih kekurangan ahli. Sehingga ke hari ini, KKKS hanya mempunyai beberapa ahli tetap sahaja iaitu En. Damian Gerald, En. Tamen Akang, En. Apoi Ngau, En. Sawang, En. Amban dan En. Micheal. Pada permulaannya, kami telah menabung sejumlah dana yang telah ditetapkan selama beberapa bulan. Dengan mewujudkan idea-idea baru, maka En. Damian Gerald telah membuat pelaburan melalui penjualan makanan dan minuman sempena sukan Sarawak yang telah diadakan di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Justeru itu, KKKS telah pun menambah sedikit demi sedikit ke dalam Tabung KKKS. Usaha-usaha serta idea-idea sebegini amatlah penting dalam memperjuangkan KKKS.