DANA KELAB

Tabung kelab ini tidak lah besar jumlahnya memandangkan KKKS masih kekurangan ahli. Sehingga ke hari ini, KKKS hanya mempunyai beberapa ahli tetap sahaja iaitu En. Damian Gerald, En. Tamen Akang, En. Apoi Ngau, En. Sawang, En. Amban dan En. Micheal. Pada permulaannya, kami telah menabung sejumlah dana yang telah ditetapkan selama beberapa bulan. Dengan mewujudkan idea-idea baru, maka En. Damian Gerald telah membuat pelaburan melalui penjualan makanan dan minuman sempena sukan Sarawak yang telah diadakan di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini. Justeru itu, KKKS telah pun menambah sedikit demi sedikit ke dalam Tabung KKKS. Usaha-usaha serta idea-idea sebegini amatlah penting dalam memperjuangkan KKKS.

No comments:

Post a Comment