Jojo Takau
Lepa nai ule' ne ia minggu lepa re. Tai la'u na ia ina kenai ia ule' tengen.
Date: 7 June 2009
Time: 7.00pm
Date: 7 June 2009
Time: 7.00pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
"IKHLAS MEMBANTU, MENYUMBANG, MENGHULUR KEPADA YANG MEMERLUKAN TANPA MEMIKIR IMBUHAN"
Kata-kata Semangat
Saya ingin mengingatkan kita semua sedikit mengenai KKKS. Saya melihat kehadiran KKKS ini hanya dianggap perkara remeh-temeh. Anggapan ini mungkin wujud hasil dari kajian saya sendiri atau pendapat saya sendiri. Kenapa saya anggap remeh-temeh sebab, kita hendak buat sebab mungkin kerana desakan kawan-kawan. Selepas itu, bila masuk bab hendak mengadakan aktiviti, seperti meeting, ramai tidak melihat di mana kelebihan KKKS ini. Sepanjang saya menjadi ahli KKKS ini, meeting mengenai agenda Dana KKKS telah ditunda sebanyak empat kali. Adakah kita memikir tentang masa depan Kelab ini? Bagi saya, hidup di
Berbalik kita ke KKKS pula, kita saling membantu antara satu sama yang lain. Saling membantu ini tidak membawa maksud, kita senang-senang hendak pinjam duit kawan-kawan, pinjam baju kawan, pinjam kereta kawan, pinjam bini kawan (ini jangan sekali) dan sebagainya. Memang kelab ini membawa satu maksud yang kecil tetapi cukup dalam mengajar kita menjadi seorang manusia yang suatu hari nanti akan mengecapi kejayaan. Sebenarnya banyak perkara yang boleh dipelajari dari kewujudan KKKS ini. Antaranya ialah kejujuran. Tanpa kejujuran, seseorang boleh menjadi perompak, penyamun dan segala jenis jenayah termasuklah jenayah kolar putih. Di dalam KKKS kejujuran adalah diutamakan. Oleh yang demikian, tema KKKS ialah "Ikhlas Membantu, Menyumbang, Menghulur Kepada Yang Memerlukan Tanpa Memikir Imbuhan". Kelab ini tidak mendaftar ahli yang tidak jujur. Kelab ini tidak mendaftar penjenayah. Tetapi kelab ini menerima orang yang tidak jujur dan penjenayah atas alasan selepas menyertai KKKS mereka akan berubah dan seterusnya menjadi seorang manusia yang disegani di kemudian hari. Itulah matlamat KKKS. Jadi, tuan-tuan dan puan-puan, kita mesti mengumpul dana untuk kelab ini kalau hendak maju. Tanpa dana yang cukup sesebuah organisasi tidak akan maju.
Peribahasa sering memperkatakan “simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Tapi, janganlah menyimpan wang kita supaya wang itu akan menjadi bukit atau gunung. Tidak ada faedah kalau wang kita menjadi bukit. Nak develop bukit pun, belum tentu menguntungkan. Apalagi gunung. Nak buat resort bolehlah, tapi besar mana duit itu akan membentuk gunung? Dana kelab umpama kita menyimpan duit kita dalam bank, yang mana duit tersebut tidak boleh lesap pergi ke mana-mana kalau tidak diusik. Sekiranya duit atau dana ini sudah banyak, kelab juga yang untung. Bila kelab untung, ahli-ahlinya pun kena tempias keuntungan tersebut. Tujuan dana ini ialah menjaga kepentingan kita kaum kenyah yang hidup di
ayen kurung ia tua'2....petakau lete ia ta'palai
ReplyDelete